Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 30, 2010

jika saya kaya ;)


saya mengaku. saya suka berangan. saya suka berangan tentang hal hal yang mampu menggembirakan saya. bila bercerita tentang kekayaan, pelbagai angan angan akan datang dalam minda saya. hehe. kadang kadang seronok melayan hal ini bersendirian. tapi saya sedar. kekayaan tak dapat menjamin kan kebahagian kita di dunia. bak kata orang. wang ringgit tak mampu membeli kasih sayang dan sebagainya. saya tahu itu.


bercerita tentang jika saya kaya. perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah. ingin membalas jasa ibu bapa saya. ye. permata hati saya yang selama ni bersusah payah membesarkan anak gadis mereka yang seorang ini. ;) kalau boleh. saya mahu beri segala galanya kepada mereka. saya tak mahu mereka kesusahan dan kepenatan dalam mencari rezeki membesarkan kami semua. i love u mak. i love u ayah. ;) saya mahu memberi mereka sebuah mahliagai indah. tak kisah la dimana pun. membiayai mereka ke Umrah atau Haji. itu hajat utama saya pada mereka. memberi mereka segala galanya. ;) alangkah bahagianya saya jika dapat membahagiakan mereka. ;)


kedua. barulah saya ingin memuaskan keinginan saya. jika saya kaya. saya ingin menjelajah seluruh dunia. ye. kemana mana yang saya inginkan. bahagianya ;) memiliki segala galanya. kereta. rumah. mall. hehe. itu yang paling penting. itu pun jika saya kaya. ;)


tapi saya sedar. itu semua angan angan. ye angan angan yang takkan saya miliki. jika ingin miliki. berusaha la sendiri wahai cik dyla ;) tapi tak salah kan kalau berangan. tak kena bayar pun. macam tandas awam di KLCC ;)


No comments:

Post a Comment