Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 13, 2010

kehilangan


hari ni merupakan hari yang sedih sekali. bagai dalam mimpi bila tahu hal ni. mungkin bukan milik saya tapi milik kepada seseorang yang sangat sangat saya sayang. terasa diri ni menerima tempias kesedihan di atas kehilangannya.


kereta Wira Maroon bernombor plat BFB 6855 telah hilang dalam genggaman hidup. walaupun bukan milik saya tapi saya terasa kehilangannya. banyak kenangan kereta tu selama 10 bulan mengenali dia. dan yang lebih penting, kereta itu amat bermakna untuk dia. ;(


kereta ini telah hilang dari pandangan dan disedari seawal pagi tadi (12 Ogos 2010). mungkin hilang pada waktu semua orang sedang nyenyak di buai mimpi. mendengar suara dia yang meluah di atas kejadian yang berlaku. saya tahu dia sedih. kecewa. siapa tak sedih. kalau berada di tempat saya, saya jugak sedih. saya juga tak mahu kehilangan Yamaha Ego saya.


untuk awk : tabah ok. saya tahu awk sedih. mungkin juga hati tak tenang memikirkan hal ni. kita sama sama doa supaya kereta tu akan kembali ke pangkuan. insyaallah. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Besar.

No comments:

Post a Comment