Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 22, 2010

nyawa saya.


saya ada sembang dengan seorang kenalan saya. bercerita tentang lagu raya yang di pasangnya. dia kata dah mula terasa bahang untuk beraya. hehehe. memang betul pun.lebih lebih lagi bila dengar takbir raya. dia bercerita yang dia sedih mengenang arwah ibunya. sekarang baru saya tahu dia tidak punya mak lagi. sayu mendengar dia bercerita

buah hati pengarang jantung saya pula tidak punya ayah lagi untuk meraikan hari raya bersama sama.

saya tak dapat bayangkan jika permta hati saya yang banyak membesarkan saya. mendidik saya tiada lagi di dunia ni. mesti saya tak dapat hidup seperti ini lagi. tambahan plak, saya sangat sangat rapat dengan ibu saya. dan ayah ialah tempat saya bermanja selama ni. mungkin ada yang pelik kerana saya sudah berumur 20 tahun tapi bila bersama ayah saya seperti baru berusia 7 tahun.

saya bersyukur kerana punya ibu bapa seperti mak dan ayah sekarang. walau pun kadang kadang terdetik rasa geram apabila dimarahi. tapi saya tahu yang mereka sayangkan saya dan tidak mahu apa apa yang berlaku pada saya. tidak seperti mak, ayah saya lebih tegas berbanding mak. tapi saya masih hormat dia. saya tahu ayah sayang saya. saya juga begitu. mak pernah memberitahu betapa risaukan saya apabila pelbagai kes berlaku di negara kita. dan mak selalu berpesan supaya menjaga maruah diri dan nama baik keluarga. saya akan menjaga nama baik keluarga dengan baik. itu janji saya. saya tidak mahu malukan keluarga saya. saya seorang sahaja anak gadis mereka.

to mak dan ayah : dyla sayang kalian berdua.

No comments:

Post a Comment