Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, August 16, 2010

saya tak lupa.


entry ini saya tujukan pada best friend saya dari tingkatan 4 lagi.


saya punya ramai kawan. salah seorang nya, Nur Amirah binti Mohamad Nor.


perkenalan kami bermula semasa saya berpindah sekolah dari Shah Alam ke Petaling Jaya. keadaan itu memang saya betul betul tak suka. terpaksa berjauhan dengan kawan kawan baik saya di Shah Alam dan terpaksa berdikari dalam menempuh alam persekolahan di Petaling Jaya. Dia kawan ketiga yang saya kenali. mula mula kenal dia. macam pendiam dan pemalu. tapi sebenarnya, bila dah mengenali dia, baru la tahu yang sebenarnya dia happy go lucky and petah bercakap. hehe. sejak dari itu, saya berkawan rapat dengan dia. rehat sama sama. pergi tandas ajak dia teman. naik bus 99 sama sama. pergi CC sama sama. obses dengan myspace sama sama. seronok.


kami mempunyai sejarah yang sama pada tahun 2007. tak perlu lah bagi tahu tentang apa. :(

sejak itu, kami semakin rapat dan berjanji untuk sama sama struggle SPM. dan semasa mendapat result, keputusan dia baik dari saya. tahniah dear. saya bangga dengan pencapaian awk. dan awk dah buktikan yang mereka mereka itu silap nilai awk.


masuk 2008 masing masing mula membawa impian masing masing ke menara gading. dia mencapai dahulu impian nya sebagai seorang pelajar di sebuah kolej di Nilai, Negeri Sembilan dan saya, sibuk dalam Program Latihan Khidmat Negara dan seterusnya menyambung pelajaran di Shah Alam.

walaupun masing masing sibuk. saya tak pernah lupakan kawan saya ni. kadang kadang bila teringat dia, pasti teringat keletahan dia bercakap. hehe. penat tapi saya suka walaupun bercakap tanpa henti. dia memang begitu. tapi hati dia baik. dan mudah di bawa berbincang. bila kami berselisih faham, kami senang berbincang bersama. dia seorang pendengar yang baik. ceria. dan seorang kawan yang suka mengambil berat.


dan sekarang. dia masih best friend saya. walau saya punya ramai kawan. dia tetap kawan saya. walau pun ada yang kurang menyenangi persahabatan saya dan dia. saya tak kisah. selagi saya mampu pertahankan. saya akan lakukan. janji saya tak kacau hidup orang lain bila saya berkawan dengan dia. dan saya tak pernah dan tak ingin membawa kawan kawan saya terjebak dalam pelbagai perkara yang tak elok sebab saya juga bukan begitu. mak ayah saya sudah cukup mendidik saya bagaimana untuk menjaga maruah sebagai seorang gadis. ;) saya bangga punya ibu bapa begitu.


saya minta maaf jika tak banyak cerita saya kongsi sekarang. mungkin di sebabkan faktor sibuk. tapi awak masih telinga saya. ;(

saya harap, persahabatan saya dan dia akan berkekalan sampai bila bila. i love you dear.
**jujur nih.

saya sayang kawan kawan saya. ;')

No comments:

Post a Comment