Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, September 20, 2010

gatal sangat nak beli.

di mulakan dengan ketawa dulu. hahaha. cerita ni jadi masa saya ke Padang Besar, Perlis. tahu tempat apa? tempat shopping meyh. tapi tak la sehebat Mid Valley atau pun Sunway Pyramid. tapi kat sini, harga semua berpatutan sekali. sila berkunjung ke sana. *jadi duta Perlis jap. hehehe. ok berbalik cerita tadi. saya ke sana bersama keluarga saya serta keluarga makcik. selama hidup sebagai anak kepada seseorang yang merupakan anak jati kedah, saya tak pernah ke sana. dan bila ke sana agak teruja sedikit. sikit je. hehe. masa tu pikir nak beli semua benda. saya sangat sangat suka pada emas celup yang di jual di sana. nampak macam betul tapi celup je. nak beli tapi mak tak bagi. dia kata membazir. erm bila pikir betul gak. bukan nak beli rantai ke apa. cuma gelang kaki je. tu je tak dapat lagi. hehehe.
lepas singgah dari satu kedai ke satu kedai. kami berhenti ke kedai yang menjual pakaian. kat situ. best! kedai itu menjual pakaian lelaki. masa tu terdetik nak belikan Ezzuan saya baju. memang hajat nak belikan pun. walaupun dia dah bekerja, tak salah bukan. dan kesempatan itu juga, saya membeli sekali baju untuk dua jejaka lagi yang bertakhta pada hati saya. iaitu ayah dan abang saya. hehehe. penah cakap kat dia. "kalau orang nak beli baju kat awak, orang belikan warna PINK taw." tapi dalam hati ini tak teringin pun nak tengok dia pakai pink. jambu batu sangat la. hahaha. masa tengah pilih tu. saya jumpa satu baju warna pink yang ber ++ dengan warna coklat dan putih. cantik. dan dalam hati berkira kira, muat ke tak ni? tak muat naya ja. hehe. bila belek belek. erm macam muat je. amik la. hehehe. dan saya juga memilih baju berwarna hijau putih. itu cantik., suka sangat. <3
dan masa jumpa dia, saya berikan pada dia. alhamdulillah. baju pink tu muat. tapi agak la. hehehe.
dan yang sedihnya, baju hijau itu tak muat. waaa. sedih. bukan sedih sebab membazir. tapi tak dapat tengok dia hensem kejap dengan baju hijau tu.
kesimpulannya dyla. kau gatal sangat nak beli. orang dah kata. "nanti nak beli nanti, kita pergi sama sama la." kan dan kena. padan muka. huhuhu. bukan apa. ingat nak buat surprise la. alih alih saya yang surprise. dan wahai cik abang kesayangan saya yang Meletoop ni, diet diet la ok? bagi baju tu muat. hehehe. maaf tiada kutukan di sini., -_-
love you sayang <3

No comments:

Post a Comment