Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 8, 2010

hari bosan saya



26 Ogos 2010 merupakan hari yang agak bosan ketika saya bekerja. Dengan sale yang tiada. Ke-ngantokan yang saya alami. Memang bosan. Satu hari ini 3 movie yang sempat saya tonton. Huh. Betul betul bosan rasanya.

Apa yang saya ingin kongsikan ialah mengenai satu movie yang saya tonton. Bukan sekali saya menontonnya. Iaitu cerita mengenai kasih sayang bapa kepada seorang anaknya selepas kematian isterinya. Iaitu cerita Papadom. Saya suka cerita ni.

Cerita ini berkisarkan tentang seorang bapa yang menjalankan perniagaan Nasi Kandar di Pulau Pinang. Dia mempunyai isteri yang setia kepadanya dan seorang anak perempuan bernama Miasara. Di atas kesibukan dirinya di dalam perniagaan nya, Saadom semakin lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan isteri. Tapi isterinya sentiasa setia pada nya sehingga satu hari, ketika Mun dalam perjalanan ke sekolah Mia untuk penyampaian hadiah. Mun menelefon Saadom dan memarahi nya kerana lupa kan janjinya pada mereka. Di dalam perjalanan itu juga, Mun ditimpa kemalangan dan akhirnya meninggal dunia.




Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Akhirnya. Miasara sudah berumur 17 tahun. Saadom menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan ibu kepada Mia. Akan tetapi, sikap Saadom yang terlalu menjaga anaknya 24/7 membuatkan Mia semakin rimas dan memberontak. Ke mana saja Mia pergi. Pasti ada papanya. Hehehe. Bila tengok bab ni agak kelakar rasanya. Tak tahu la kenapa. Tak di bayangkan kalau ayah buat macam tu pada saya. Akhirnya Mia menamatkan zaman persekolahan dan memperolehi 20A di dalam SPM dan menlanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam dalam bidang perfileman. Mia meminta bapanya berjanji supaya tidak menganggu nya ketika di sana. Saadom berjanji untuk tidak menganggu anaknya tetapi dia mengambil keputusan bekerja sebagai Tukang Kebun untuk memerhati anak nya dari jauh. Di kampus juga, Mia terdedah dengan ramai kenalannya. Bermula degan Ivorn, kawan baik nya ketika di sekolah, Sasha ketua Cheerleaders yang bongkak dan Mat a.k.a Wajib Tayang seorang classmate Mia yang menyukai Mia. Mia telah terjerat dengan godaan Hisham iaitu pelakon yang digilai siswi di UiTM tersebut. Dari situ bermula pelbagai idea yang dibuat oleh Saadom untuk memastikan anaknya selamat ketika bersama Hisham. Dengan pertolongan Mat, Saadom dapat memastikan anak nya selamat di tempat yang dia tidak berada. Betul betul sayang dia pada anak nya kan?

Di pendekkan cerita. Sebab malas nak tulis panjang. Pihak university telah menangkap Saadom ketika dia berdua dua dengan anak nya. Ini semua adalah rancangan Sasha yang mula tidak menyukai Mia dan mahu membalas dendam ke atas Mia. Sasha sangka yang Saadom iaitu tukang kebun university tersebut menaruh hati pada Mia. Padahal Mia merupakan anak nya. Tetapi di sebabkan kerana Ivorn dan Mat mengenali Saadom iaitu bapa Mia. Akhirnya penangkapan tersebut tidak jadi dan Ivorn menunjukkan bukti kepada Prof.Balkish yang sebenarnya Sasha yang menjadi dalang rancangan tersebut. Dan di sebabkan hal tersebut Mia akan diberhentikan dari kursus tersebut leh pihak university. Semasa projek akhir semester, Mia telah menghasilkan filem pendek yang berkisarkan tentang kegagahan seorang bapa dalam membahagiakan keluarganya dengan menjalankan prniagaan Nasi Kandar. Mia mendedikasikan filem tersebut kepada bapanya. Dan akhirnya pihak university sangat kagum dengan kebolehan Mia dalam menghasilkan filem tersebut dan memberi peluang kedua kepada Mia untuk menghabiskan pengajiannya.
Masa filem pendek itu di tayangkan. Memang sedih. Terharu la tengok. Hehehe.

Kesimpulannya, ibu bapa kita sangat sayangkan kita. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk anak mereka. Sehingga di salah tafsirkan anak dan menganggap sikap itu mengongkong mereka. ;)

*I love my mom and my dad very much ;

No comments:

Post a Comment