Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 8, 2010

first love

orang kata cinta pandang pertama selalu tepat. orang kata cinta pertama adalah cinta sejati. tapi mungkin bagi sesetengah pihak yang anggap begitu. tapi pada saya, semua nya indah belaka. baik cinta pertama kedua atau pun seterusnya. kerana bagi saya, itulah saat yang paling indah sekali dalam hidup saya.

kisah cinta ni macam macam.

satu kisah ni. seorang gadis yang mungkin tidak mengenal erti apa itu kasih dan cinta. baginya perkataan I Love You itu seperti Saya Suka Awak. menanti sang jejaka yang diminatinya selama dua tahun dan akhirnya penantian nya berhenti setakat dua minggu. adakah itu cinta sejajti? mungkin cinta monyet.

kisah ini pula. seorang gadis yang tidak mengenal erti perhubungan dua hati dan menganggap itu semua karut. dan gadis ini tidak menganggap itu cinta sejati apabila sang lelaki menghulurkan salam perkenalan dan percintaan itu. tanpa disedari perhubungan berterusan sehingga saat kedua tahun perkenalan dan terhenti dengan tiba tiba. sang gadis tidak berputus asa dan terus terusan menanti sehingga mencecah saat kelima tahun. sehingga penantian itu terhenti tanpa dipaksa atau direlakan. mengapa cinta jadi sebegitu?

dan kisah ini. seorang gadis yang mula tidak percaya pada cinta apabila hati dan perasaannya di mainkan sehingga tiga kali. adakah salah sang gadis yang cepat mempercayai atau sebaliknya. dan pintu hati cintanya mula terbuka sedikit demi sedikit apabila muncul seorang lelaki di dalam diari hidup nya. lelaki yang tidak jemu memperolehi cinta sang gadis dan selama sebulan usahanya, akhirnya termetrai kasih itu. sehingga ke hari ini. mungkin perkenalan yang amat singkat tapi bertahan sehingga ke saat ini.

dan persoalan nya, adakah semua cinta pertama akan berkekalan?


2 comments: