Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 1, 2011

macam macam hal bila dah 21 ni.


nak kongsi ngan pembaca ni. hari tu, saya ada bersembang dengan kawan baik saya. kami berkawan sejak tingkatan 4 lagi. yess. dia sangat baik dengan saya. kami memang berbeza. dia lemah lembut. tapi saya. hehe. but i love myself so much. more than that. meluahkan perasan dengan apa yang pernah terjadi pada diri ini. bukan mahu mengaibkan sesiapa. bukan itu niatnya.


bercerita perihal satu perhubungan dalam kehidupan saya. iaitu kawan. yess. kawan, sahabat rakan dan sebagainya. pelbagai perkara terjadi pada diri ni. meningkat 21 tahun, pelbagai emosi muncul dalam diri saya.

jauh di sudut hati ini, mahu merasai semua itu. jauh sekali. betul kata awak, kita kawan lama macam mana pun tapi kalau tak dapat nak faham kawan sendiri. tak guna. bukan mahu kata saya rasa saya sempurna. saya mengaku saya bukan sang pari pari yang sanggup mengubah apa jua perkara yang datang dan yang tidak mahu saya hadapinya. saya juga manusia biasa tapi kadang kadang, saya sendiri tidak mengenali perasaan saya sendiri. apatah lagi mendalami perasaan kawan saya sendiri.


kadang kadang saya terfikir, mungkin diri saya yang agak kasar dan keras hati yang telah membuatkan diri saya kehilangan permata hati saya sendiri. kehilangan BFF saya sendiri. tapi percaya lah, apa jua yang terjadi, bukan itu niat saya. bukan itu niat saya untuk memadamkan tali perhubungan kita.


buat kawan kawan saya yang saya kenali dari saya melihat dunia, dari saya melangkah ke alam tadika berbaju kurung merah petak petak, dari saya melangkah ke alam persekolahanberbaju kurung putih + biru + kuning, dan dari saya melangkah ke alam politeknik dan segalanya.

saya mohon ampun dan maaf jika saya tak mampu jadi kawan yang sempurna di mata kalian. mungkin kata kata saya agak kasar, menyakiti hati kawan saya sendiri tapi saya hanya manusia biasa yang kadang kadang perasaan saya juga memberontak. ampunkan saya.


mungkin kita tak mampu jadi serapat dan seindah dulu dengan memori memori bahagia.

No comments:

Post a Comment