Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 9, 2011

pertarungan masa dan kehidupan


setiap orang mesti merancang yang terbaik bagi kehidupan masing masing. bermula dari A sehingga Z. perancangan untuk kehidupan sendiri sangat sangat bererti bagi diri kita.

begitu juga saya.

saya seorang yang cukup suka merancang dengan baik kehidupan saya. bermula dari saya belajar sehingga menggapai SPM. dan kemudian menyambung kehidupan bergelar siswi di POLITEKNIK SHAH ALAM dalam jurusan yang saya minati.

kini.

perancangan saya mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih baik lagi. mahu membuktikan bahawa saya juga mampu menjadi seperti orang lain walaupun hanya mula dari bawah. itu la saya.
insyaallah permohonan saya serta kawan kawan diterima. amin :)

sukar sebenarnya mahu membuat keputusan. mendapat pekerjaan yang sangat selesa kedudukan serta pendapatannya atau menjadi semula seorang siswi yang bercinta dengan kertas kertas setiap hari. :)

tapi itulah keputusan saya.

menolak tawaran kerja yang patutnya sudah bermula sekarang dan memilih menanti permohanan belajar yang entah kan dapat entah kan tidak. :)

harap harap penantian saya menanti keputusan tidak sia sia.

"Ya Allah, kau berikanlah yang terbaik untuk hambamu ini. ku pohon dari mu Ya Allah"

kadang kadang rasa hidup ini begitu cepat untuk menerima keputusan dalam sesuatu perkara.
kadang kadang diri ini begitu tamak mahu memiliki kedua dua nya.

No comments:

Post a Comment