Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 8, 2010

kasihan mak


kadang-kadang terpikir jugak.. bila agaknya saya dapat membalas jasa ibu bapa saya yang banyak habiskan masa,tenaga dan wang untuk saya..tidak sabar rasanya ingin meniti ke alam pekerjaan.. bagaimana rasanya kerja saya..bagaimana rasanya suasana di tempat kerja.. dan ingin merasai memegang wang hasil titik peluh sendiri..

petang semalam, sedang makan keropok ikan sambik menonton tv.. mak pulang dari membawa anak-anaknya berjalan..anak-anak yang dimaksudkan adalah anak-anak jagaannya..mak merupakan pengasuh anak-anak orang..mak bercerita pada saya betapa kecewa hatinya..betapa sedihya dia..dengan nada yang sedih dan sebak, dia bercerita.. ibu kepada salah seorang anak jagaannya tidak memperc
ayainya.. bukan tidak mempercayai apa..
tidak mempercayai apa yang mak lakukan selama ni..
membekalkan dua bekas air dan satu botol air panas atas kerana tidak mempercayai dan meragui air di rumah kami..

aduh.. perlukah semua tuh.. kotor sangat kah kami? sebab die melakukan begitu kerana anak-anaknya selalu cirit-birit, setahu saya, selama
saya berada di rumah, tidak pernah rasanya anak-anaknya sakit disebabkan cirit birit..dan tambahan pula, bukan anak dia sahaja yang mak jaga.. malahan baby 6 bulan juga mak menjaga..saya menjadi geram..sakit hati dengan perbuatan seperti itu..saya tahu, mak melakukan pekerjaan itu kerana mahu membantu ayah.. mencari rezeki tambahan.. dan saya tahu segalanya yang mak lakukan.. cara mak memberi kami makan.. cara mak membesar kami.. malah, anak-anak jagaannya mak melayan sama seperti kami adik beradik..

sedih rasanya..mahu saja mencari kerja sambilan tapi mak tak benarkan..dia kata, tumpukan dahulu study ni..6 bulan je..kasihan mak..dyl
a tak dapat nak tolong ringankan beban mak tu..dyla mampu buat apa yang boleh je mak..kalau dyla kaya raya, dyla suruh mak stop je jaga anak orang.. duduk rumah.. rehat banyak-banyak..mak, i love you so much mak!

2 comments:

  1. kadang-kadang orang memang nampak banyak yang buruk dari yang baik. study rajin-rajin dyla, dah keja nanti boleh tolong mak dengan ayah :)

    ReplyDelete
  2. btul.. org tak prnh nk tgk baik.. hnya 1 keburukan.. ilg sume 1000 kebaikan.. thanks ;)

    ReplyDelete