Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, August 23, 2010

generasi baru




Saya memang suka membaca surat khabar. Saya suka mengetahui tentang hal hal yang terjadi di Malaysia dan di dunia. Hal hal semasa yang terjadi.


Sekarang, sedia maklum, kes pembuangan bayi dan penderaan kanak kanak terlalu banyak. Bah kan makin lama semakin ramai bayi yang dibuang atau di bunuh. Sayu hati ni bila baca hal hal seperti tu terjadi. Kenapa? Kebanyakannya orang kita sendiri. Kenapa? Sedangkan kucing sayangkan anak dia tapi manusia? Kalau tengok kucing kat luar di tinggalkan. Ada pulak rasa simpati tapi kenapa tidak pada anak manusia? Jijik sangat ker? Ramai di luar tu susah nak dapat anak. Bertahun tahun usaha untuk dapat kan zuriat. Sanggup berubat cara tradisional dan moden. Tapi, orang yang senang dapat anak, buang macam tu je. Tak ada rasa sayang ker? Sikit pun tak? Saya tengok, baby yang banyak dibuang tu semua comel comel belaka. Tak sabar rasanya nak ada anak sendiri. ;) tah lah, maybe saya yang tak memahami keadaan sampai nak blame orang macam ni. Tapi kita masing masing dah cukup dewasa dan matang nak fikir tu semua. Bak kata orang la, pandai buat pandai la tanggung. Sebenarnya apa yang saya nak beritahu ialah, saya rasa cukup sedih dengan apa yang jadi kat Negara kita sekarang. Macam dah berbalik ke zaman jahiliah jer. Manusia sekarang Nampak moden sangat tapi bila jadi macam ni tak boleh fikir pulak. Pada sesiapa yang pernah buat silap tu, jangan lah ulangi lagi. Jika itu terjadi. Jangan lah salahkan baby tak berdosa tu. Dia suci. Tak dosa apa pun dengan kita. Apatah lagi dengan mak ayah dia.


Saya mengaku saya cukup sensitive. Bila tengok kat berita atau baca kat surat khabar, rasa sedih sangat. Kalau tak nak anak tu, serah lah pada yang memerlukan atau pada rumah rumah kebajikan yang ada. Jangan la seksa baby tu lagi. Dah lah comel. Kena buang pulak, apa la nasib dia dapat mak ayah macam tu. Tak payah lah sampai nak letak kat bawah kolong, sungai, sampah dan ada pulak yang sanggup bakar sebab nak tutup bukti. Ingat. Allah tu Maha Mengetahui. Buat la macam mana pun. Allah akan bagi petunjuk jugak pada orang ramai yang jumpa baby tu. Dengan tali pusat tak potong. Dibaluti dengan kain nipis je. Tak bagi susu. Sedihnya. Please. Jangan buat macam tu. Tu la generasi kita. Mana tahu, yang dibuang atau di bunuh tu sebenarnya pemimpin yang akan membangunkan Negara atau agama kita. Mana tahu.





















*tiba tiba rindu pulak kat buah hati saya yang tembam tu, Aleesya Putri


No comments:

Post a Comment