Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 26, 2010

ye. saya terima.


bila kita mengenali seseorang. dan awal perkenalan kita. kebanyakannya akan berjanji apa saja. dan ada yang pernah melafazkan. "Saya Terima Awak Seadanya". tapi pernah tak kita terpikir yang sebenarnya kata kata tu amat penting dalam perhubungan itu.

biarlah menjadi rahsia tentang siapa yang bemain di fikiran saya tentang perihal ini. terima seadanya pasangan kita bererti kita perlu lah menerima seadanya dia. baik dari kelebihan dia. keburukan dia. kesenangan. kesusahan. mungkin kita lebih senang menerima kebaikan dan kesenangan dia. tapi bila berlaku kesusahan terhadap diri dia. dan keburukan atau kelemahan dalam diri dia. kita tanpa usul periksa terus menghukum dia.

adil ke tu? mana kata kata SAYA TERIMA AWAK SEADANYA. dan pernah tak kita terfikir yang selama ni dia bersusah payah bersama sama kita bila dalam suka dan duka. dan yang paling penting, dia sanggup TERIMA KITA SEADANYA tanpa meletakkan apa apa syarat. dia sanggup memaafkan kita apabila kita melakukan kesalahan. sanggup memaafkan kita dan memberi kita peluang untuk menebus kesalahan. dia sanggup berhabis segalanya untuk memberi kegembiraan pada diri kita.

tapi bila itu terjadi pada dia. kita menghukum dia. tak dapat mendengar penjelasan dia. tak sanggup untuk bersusah payah dengan dia. kenapa? adil ker? pernah kita terfikir tak kenapa kita menjalin kan hubungan dengan dia? adakah semata mata kerana kesenangan yang dia perolehi?

bila itu terjadi. tak tahu siapa yang patut di persalahkan.

*apa pun yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

No comments:

Post a Comment