Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, September 20, 2010

macam macam

kehidupan dan rutin harian saya semasa bulan puasa adalah dengan bekerja. dalam masa lebih kurang sebulan, saya dapat menimba ilmu dan mengetahui selok belok menguruskan butik. hehehe. walaupun menjadi pembantu kedai 10.30 a.m hingga 10.30 p.m tapi seronok. saya bekerja di dua butik iaitu di Terminal Skypark @ Subang Airport dan di Giant Kota Damansara. melalui dua pengalaman yang berbeza dan sangat menyeronokkan. Alhamdulillah. saya mendapat dua orang bos yang sangat terbaik sekali. mereka sangat sporting. hehehe. ;)

semakin menjelang Hari Raya, airport memang di penuhi orang ramai yang ingin pulang ke kampung.pelbagai kerenah manusia yang saya dapat lihat. ye lah. butik tu betul betul depan kawasan pelepasan dan ketibaan. ibu bapa yang menghantar anak. kekasih yang menghantar pasangannya. isteri menghantar suami. dan sebagainya. rasa sayu terbit di hati saya melihat cara mereka. romantik je. hehehe. menghadiahkan bunga. dan macam macam lagi. dan saya dapat mengenali ramai orang di situ. dari saya tak kenal. saya sudah kenal. dari tak bertegur sapa. sudah gelak bersama. begitu lah ragamnya. dan pengalaman itu takkan saya lupakan :)

No comments:

Post a Comment