Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 8, 2010

sELamAt HaRi RaYA MaAf ZaHiR dAn BaTiN




hai sume bloggers. kejap je kan nak raya. rasa sekejap je kita puasa. erm mungkin saya tak merasai sebab sibuk dengan kerja pada bulan puasa? raya tahun ni amat bermakna dan istimewa sikit. hehe.
tahun ni saya dapat merasai berhari raya dengan lebih meriah. bukan nak kata tahun tahun lepas tak seronok tapi tahun ni insyaallah lagi seronok.

tema tahun ni mesti PUPRLE @ UNGU
hehehe. tema untuk satu keluarga dan juga bersama buah hati tercinta saya.
tahun ni giliran saya pulang ke kampung halaman di negeri Jelapang Padi iaitu Kedah Darul Aman. kampung sebelah bonda tercinta saya. lebih meriah sebab tahun ni saudara mara semakin bertambah.

raya tahun ni juga lebih seronok sebab saya mampu memiliki wang sendiri untuk berbelanja raya. seronok rasanya.

di kesempatan ini juga. saya ingin memohon ampun dan maaf pada sesiapa sahaja. tak kira la rapat atau tidak. secara sengaja atau tidak sengaja. langsung atau tidak langsung. andai saya pernah menyakiti hati sesiapa. kasar kepada sesiapa. saya minta ampun dan maaf.
raya nanti jangan lupa datang ke rumah ;)

No comments:

Post a Comment