Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, October 23, 2010

merah jambu yang saya sayang

14 Oktober 2010 merupakan hari yang sangat menggembirakan hati saya. di kala buah hati menyatakan hasrat tentang sesuatu yang sudah sekian lama saya idamkan. dan di kala saya memiliki nya, rasa ingin melonjak dengan perasaan gembira ini. dan terasa ingin berkongsi dengan semua yang hati saya sedang gembira. terima kasih sayang. saya amat amat hargai itu. ;)


15 Oktober 2010 hingga 19 Oktober, detik yang amat pedih sekali. hati saya diluluh rasa kecewa dan sedih. dia mula berubah dan mula buat hal. huhuhu. sedih rasanya hati ini. mengapa ini terjadi? adakah terpaksa saya membuat keputusan untuk pergi meninggalkan awak dan mencari pengganti yang lebih baik? ye, saya patut lakukan itu.

20 Oktober 2010, detik yang membuat saya terpaksa tinggalkan awak. tapi dalam pada masa yang sama, saya kecewa kerana awak telah melukakan hati dia. sedih melihat dia yang sanggup bersusah payah untuk saya dan memberi yang terbaik untuk saya. tapi awak kenapa awak datang dalam keadaan begini? tak layak kah saya untuk memiliki awak? pergi la awak ke alam yang lain dan jangan sekali datang pada saya lagi.

dalam masa 6 hari saya hanya dapat merasa gembira memakai dan memiliki W705 SE Pink yang dah lama saya idamkan itu. pemberian seseorang pada saya sempena sesuatu hari yang bermakna dalam hidup kami. tapi jodoh tak panjang bersama hp itu.









No comments:

Post a Comment