Dyla

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, October 23, 2010

susah


kepuasan dah sebati dalam hidup kita sebagai manusia. kepuasan juga dah jadi setaraf seperti keperluan kita. tapi adakah itu semua terbaik bila kita ada kepuasan?

kadang kadang kepuasan kita pun susah untuk dipenuhi apatah lagi kepuasan orang lain. walaupun kita dah buat yang terbaik untuk diri kita, tahap kepuasan itu kadang kadang tak dapat dicapai. begitu juga untuk orang lain.

saya hanya manusia biasa yang tidak sempurna mana. saya juga hanya seorang anak perempuan yang ingin memberi yang terbaik untuk keluarga saya. walaupun kadang kadang kebaikan itu tak dapat saya penuhi. saya juga hanya seorang kawan yang hanya mampu memberi yang terbaik untuk mencari sinar keceriaan dan memberi kegembiraan untuk kalian yang bergelar kawan saya dan walau pun kadang kadang saya alpa dan leka dengan keseronakan dunia. dan saya hanya seorang kekasih yang sentiasa ingin beri yang terbaik dan walaupun kadang kadang saya leka dengan sikap saya sendiri.

kalian, saya bahagia dan bangga menjadi sebahagian daripada hidup kalian. dan saya akan cuba memberi yang terbaik. saya rela kebahagiaan saya diberi sepenuhnya pada kalian kerana kalian lah kebahagiaan saya selama ini.

No comments:

Post a Comment